Tips Penjagaan Vagina atau Alat Sulit Wanita
WANITA yang mengalami masalah pada alat sulitnya sering berasa gelisah, runsing dan rasa rendah diri. Ia akan menjejaskan keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Mereka akan berasa kurang selesa untuk berada lama di tempat awam kerana bau dan kegatalan bahagian peribadinya menyebabkan mereka ingin menjauhkan diri. Sebagai langkah pencegahan, setiap wanita perlu menjaga kebersihan diri terutama bahagian peribadinya. Oleh kerana bahagian peribadi wanita selalu lembap disebabkan berpeluh, lalu bakteria juga mudah membiak dan ia boleh mendatangkan bau yang tidak dikehendaki.
Di sini terdapat beberapa tips dan panduan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit wanita, vagina;
1. Cuci tangan sehingga bersih.
2. Cuci bahagian luar alat sulit dengan air bersih sudah memadai.
3. Gunakan waktu mandi dan membuang air untuk membersihkan alat sulit.
4. Gunakan air bersih untuk mencuci.
5. Gunakan sabun khusus jika perlu.
6. Gunakan seluar dalam yang sentiasa bersih.
7. Pakai seluar dalam yang selesa.
8. Pilih seluar dalam daripada kain kapas.
9. Gunakan pantyliner atau tuala wanita nipis bagi mereka yang mempunyai masalah keputihan.
10. Potong atau cukur rambut pada bahagian peribadi untuk mengelakkan perpeluhan berlebihan dan pembiakan bakteria.
11. Pastikan alat pencukur atau gunting itu bersih.
12. Elakkan mengguna seluar dalam orang lain.
13. Sebaik-baiknya gunakan air suam untuk pencucian.
14. Sewaktu haid, gunakan tuala wanita yang sesuai.
15. Ganti tuala wanita beberapa kali sehari.
16. Selepas membersihkan bahagian sulit, keringkan dahulu kemudian barulah pakai seluar dalam.
17. Menyembur ataupun memercikkan air ke dalam vagina (menggunakan alat/produk yang dijual atau botol khusus) untuk membersihkan bahagian dalam alat sulit wanita tidak digalakkan. Dapatkan dahulu nasihat daripada pihak yang arif (seperti ahli farmasi) tentang cara penggunaannya.
18. Anda boleh gunakan air sirih (rebus beberapa helai dauh sirih) untuk membersihkan alat sulit.
19. Elakkan mengguna produk haruman seperti bedak dan pewangi pada vagina. Ini kerana keseimbangan pH dalam vagina sangat sensitif.
Sebenarnya vagina wanita mempunyai mekanisme semulajadi untuk membersihkan diri. Maka pembersihan pada bahagian luar alat sulit sudah memadai. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti gatal, keputihan berlebihan, berbau, sakit atau bengkak pada alat sulit, pergilah berjumpa doktor. Jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan kesihatan, tahap reproduksi dan seksualiti wanita.
0 comments:
Post a Comment